PKPP Agro Sdn. Bhd. (PKPP Agro) merupakan syarikat ahli kumpulan agensi Kerajaan Negeri Pahang iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), ditubuhkan pada 8 Disember 1994 dengan pegangan ekuiti penuh (100%) oleh PKPP.

Asas penubuhan PKPP Agro adalah untuk membangunkan sawah komersial di kawasan tanah terbiar terutamanya di daerah Rompin. Sawah komersial merupakan satu pendekatan untuk mewujudkan industri tanaman padi yang berdaya maju dan menguntungkan. Pada masa yang sama, projek ini pada dasarnya amat bererti kepada negara kerana ia merupakan langkah positif untuk memenuhi matlamat tanggungjawab sosial untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara memandangkan nasi merupakan makanan asasi negara dan strategik dari segi politik.

Dalam mempelbagaikan aktivitinya, PKPP Agro juga menjalankan ternakan ikan air tawar, perladangan kelapa sawit dan tanaman kelapa. Aktiviti baru yang turut diusahakan adalah Projek Agrotourism Paya Laka dan tanaman jagung.